Saturday, December 31, 2011

Jalan-jalan Euroma 2

Assalamualaikum ^_^

Semalam pergi jalan-jalan kat Euroma 2. Rasa macam ayam masuk kandang lembu.haha. Kami yang kecil ni ibarat ayam la, nak masuk shopping mall yang besar macam kandang lembu. Sebab tu lah kami tak jumpa jalan masuk ke Euroma 2 dari tempat parking mall tu. Nasib baik takde orang italy nampak. Bikin malu je.haha. Jom kita ronda2 window shopping! =)

Gambar dari informazione.it 



Orang dah sampai mall, Ameera tak bangun-bangun lagi. Tapi lagi best kalau dia tidur je.haha. Kalau bangun nanti banyak lak ragamnye. Anyway, pipi Ameera memang dah makin tembam ^^

Tidurlah~ tidurlah~

Excited nampak patung rusa!! Comelnye. Rasa nak bawak balik. Patung-patung ni semua boleh gerak kepala dan tangan (kecuali rusa lew.hehe)

Mula kiri: papa bear, mama bear, baby bear boy, baby bear girl..hehe

Macam jakun je aku ni kan. Lampu pun nak tangkap gambar...


Apa nak buat, hanya mampu cuci mata tengok barang branded-branded ni..

Tiba-tiba teringat freemason. Ada kaitan ke?

Bila tiba tingkat 3 (tingkat paling atas), terus masuk kedai Trony. Yelah dah kedai ni je yang ada kat tingkat 3 ni.haha. Dalam kepala otak ni dah terfikir kamera. Zupp!! terus bagitahu kak ipar yang aku nak pergi cuci mata sorang-sorang kat tempat kamera.hehe. Agak terliur gak lah tengok kamera Sony NEX-C3 ni. Rasa macam nak makan je! haha.

Mahal gila!!

Bila tengok harga, terus buat donno je. Buat muka tak berminat la kononye... Lepas tu pergi kat brand biasa, Canon.. Saja letak gambar harga 197,10 euro ni. Bajet macam cukup duit nak beli.haha.

Canon Powershot SX150 IS. Cukup kot nak beli kalau korek duit syiling aku dalam tabung..

p/s: Malas nak letak watermark kat pictures kali ni. Sebab sok kena bangun awal nak pergi main snow. Haha saja nak bagi orang jeles =P

Thursday, December 29, 2011

5 tips study last minute yang berjaya

Assalamualaikum!

Jap study last minute blh bjaya jugak ke?haha. Bagi aku, ikut orang orang la.hehe. Berdasarkan entry ni pun korang da tahu yang study last minute memang selalu dipraktikkan oleh pelajar-pelajar terutama di IPTA/IPTS. Biasalah kat IPT banyak assignment nak buat. Suprise quiz pun blh tahan jugak. Tapi yang paling sakit ialah projek tahun akhir. Masa study dulu, bab menulis tesis yg kena ikut format U la yang paling susah. Lecturer sangat strict bab format ni k. Sampai poning pale eden.

Disebabkan sekarang ni tengah musim final exam, jadi saya sebagai seorang graduan ingin memberi beberapa tips untuk anda berjaya menjawab exam dengan cemerlang.hahaha. Poyo jek aku ni. Macam la cemerlang sangat dulu.kehkeh.

Tips 1* Buat soalan past year
Berdasarkan pengalaman aku, pensyarah-pensyarah memang selalu repeat balik soalan past year. Siapa yang study kat UKM akan sedar lah. Kalau pensyarah korang tu seorang yang bz memanjang, lagi la tinggi potensi dia ambil soalan past year utk paper exam korang.haha

Tips 2* Ingat balik soalan mid sem
Mid sem memang dah lepas. Tapi potensi untuk soalan tu keluar dalam final exam pun tinggi. Tapi ada jugak pensyarah yang rajin, dia tak akan masukkan bab yang dah keluar masa mid sem. Bergantung lah..

Tips3* Tengok balik nota kuliah
Korang boleh tahu bab mana akan keluar berdasarkan nota kuliah. Haha dah macam mak nujum dah aku. Kalau korang belek balik nota kuliah korang, tengoklah bab mana yang paling lama pensyarah korang ajar. Kalau panjang berjeler nota tu, haa bab tu lah yang keluar.

Tips4* Hafal keyword
Mcm mana nak cari keyword? Senang je. Ingat balik apa yang pensyarah korang asyik repeat. Contoh, kalau dlm kelas dia selalu tanya apa itu mangkin (catalyst)? Haa jadi soalan tentang mangkin ada possibility untuk ditanya dlm exam.


Tips5* Tanya lecturer
Tips ni paling senang nak buat. Tapi kena tebalkan muka dulu la. Lepas tu pergi jumpa lecturer, bodek-bodek sikit, buat muka kesian. Bila lecturer macam dah lembut hati, barulah tanya "Apa bab/soalan yang keluar nanti Prof?" Kalau korang merupakan orang yang dibalcklist oleh lecturer, mungkin tidak berkesan. Sori le.hehe



p/s: Banyak ilmu yang takde dlm buku kita blh dapat drpd lecturer ni. So datang lah kuliah selalu =)

Wednesday, December 28, 2011

Jalan-jalan di Lake Bracciano

Assalamualaikum ^_^







Bagi korang tengok keindahan Tasik Bracciano, Rome ni. Tom Cruise dan Katie Holmes kahwin dulu kat sini la. Cantik kan. Ni pakai camera handphone Sony Xperia je. Kureng cikit kualiti. Tapi kira ok la. Kan best kalau ada DSLR. Ada siapa nak bagi tak?hehe =)

Friday, December 23, 2011

Dahulu dan sekarang

Assalamualaikum!

Saja kali ni nak letak gambar Ameera. Tengok lah beza ketembaman dia waktu awal-awal sampai Italy dengan waktu sekarang. Ni kira baru 3 bulan duduk Italy. Tak tahu lah lagi 3 tahun macam mana. Mungkin akan bertambah lagi tembam pada masa akan datang.hahaha


gambar kiri: muka garang; kanan: muka comel; hasilnya garamel.haha

 p/s: Yey sok weekend. Boleh jalan-jalan!! =)

Thursday, December 22, 2011

Takut!!

Assalamualaikum ^^

Hari ni macam biasa jaga anak buah aku. Dah besar dah budak 2 tahun ni. Dah pandai cakap dah. Gaya macam orang besar cakap dah. Juga makin debab macam aunty dia (bukan aku ok) hahaha. Biasalah kalau main dengan budak kecik ni. Macam-macam dia mintak.

Dengan berbekalkan suara yang dibuat-buat manja dan mata yang bersinar-sinar, Ameera pun goda aku.."Cik Na...nak handphone~"
Aish nak pinjam handphone la pulak. Orang tengah syok-syok baca mukabuku ni. Kacau je.haha...Suka betul dia tengok gambar dalam handphone aku. Kadang-kadang tunjuk video dia masa kecik. Tergelak-gelak dia tengok. Haha comel kan.

Bila nampak laptop aku, mula la ngada-ngada nak mintak tengok barbie. Bukan barbie apa. Dia panggil budak pink dalam cerita Lazy Town tu barbie (kat Malaysia takde lagi cerita ni). Pantang nampak pink je, dia panggil barbie.haha. So bila dia dah tahu aku download cerita Lazy Town dia kat laptop. Habiss laa laptop pulak jadi mangsa.

ambil dr Mr. Google

Hari tu ternampak episod Lazy Town pasal Cry Dinosaur kat You Tube. Tengok macam best je (aku lak yg layan cerita budak-budak.hehe) terus download (nah link dia Lazy Town..tahu korang nak tengok gak kan.haha). Bila bagi Ameera tengok, terus dia p menyorok dalam selimut.hahahaha gelak besar la aku. Rupa-rupanya dia takut dinosaur! haha =)

Time tengok tu pulak tiba-tiba angin kat luar kuat sangat sampai dengar kat dalam. Ameera tiba-tiba cakap "Dinosaur datang! Dinosaur datang!" hahahahaa rasa nak gelak guling-guling je~

Teringat pulak masa pergi tengok konsert Halloween kat sekolah anak jiran kitaorang dulu. Tak takut pulak si Ameera ni tengok orang pakai custom hantu. Siap tepuk tangan lagi lepas tengok konsert tu. Suka hantu la pulak anak buah aku ni!!

Tarian hantu-hantu Italy di America International School. Saja letak gambar beso, biar korang takut. Hakhak
 
p/s: Hantu tak wujud. Tapi manusia perangai macam hantu memang ada =P

Merungut

Assalamualaikum!

Teringat masa zaman belajar dulu. Aish rindu seyh nak belajar balik. Rindu dengan kawan-kawan. Rindu nak perah otak ni balik.haha. Pelik kan masa kita rasa susah, macam-macam lah kita rasa tak puas hati. Semester ni 27 credit hours lah, keje banyak lah, quiz tiap-tiap hari lah, projek kena reject lah, macam-macam lah rasa. Rasanya kalau ada patung arnab, mesti teruk dah kena belasah sebab nak melepaskan perasaan. Aik nape patung arnab lak? Sebab dalam kartun shin chan, emak kawan shin chan yang nani tu akan belasah patung arnab setiap kali geram dengan perangai shin chan.hahaha... Naseb baik aku takde patung arnab.

Bila dah tempuh rasa susah tu, rasa nak tergelak balik pun ada. jadi kenangan manis pulak. So the bitter become sweet. Betul la orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Erk..ada kaitan ke perumpamaan ni?whatever la.haha..

Mai tengoq video matlutfi Mari Merungut Malaysia. Serius ceq tak tahu berapa kali ceq ulang video ni dan berapa kali ceq gelak.hahaha.. owh mat lutfi, hang buat ceq lagi suka dengaq loghat utara =)

video

p/s: kalau lah dapat jumpa mat lutfi~  Sudah lah, berangan aje ekau ni! (waduh loghat nogori pulak dah)








Tuesday, December 20, 2011

Cinta songsang

Assalamualaikum..

Hari ni mood tak seindah semalam. Mungkin sebab lepas baca cerita pasal orang-orang gay kat Malaysia. Mesti korang semua dah tahu kan cerita orang Melayu yang kahwin sejenis kat Ireland tu. Beristigfar aku banyak-banyak lepas baca kenyataan yang diberikan gay tersebut: “Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini. 


Apa dia tak tahu ke dalam Islam melarang perbuatan gay ni? Buat malu orang Islam je dia ni. Hidayah dah diberi tapi berdegil jugak nak ikut syaitan. Astagfirullahalazim~
Walaupun nasi sudah menjadi bubur (dia dah pun berkahwin dengan pasangan sejenis dia), tapi tetap kami berharap dan berdoa dia bertaubat dan kembali kepada keluarganya di Malaysia.

Nak share sikit kisah Kaum Luth yang mengamalkan gay (copy paste drpd Utusan Malaysia):


<Cuba lihat maksud surah al-A’Araf ayat 80-81;

Dan Nabi Luth (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya ‘‘Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun penduduk alam ini sebelum kamu’’.
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Bagaimanapun ingatan yang diberikan oleh Nabi Luth itu dijawab sinis oleh kaumnya. Perkara ini disebut di dalam al-Quran di dalam surah yang sama ayat ke 82; Dan tidak ada jawapan daripada kaumnya selain mereka berkata ‘‘Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang mendakwa mensucikan diri.

Setelah menerima jawapan daripada kaumnya, Nabi Luth memohon berdoa kepada Allah dan ia dinyatakan di dalam surah as-Syuara ayat 169;
(Nabi Luth berdoa) ‘‘Ya Allah selamatkanlah aku serta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan’’.

Akhirnya melalui perutusan dua malaikat, Nabi Luth sekeluarga serta pengikut-pengikut yang setia dibawa keluar ke satu tempat lain kerana Allah mahu memusnahkan umatnya yang durhaka itu.

Kaum Nabi Luth yang begitu biadab sebelum itu telah mengepung rumah baginda kerana mahu bertemu dengan dua orang tetamu terdiri daripada dua malaikat berkenaan. Mereka mahu melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

Ekoran itu, Nabi Luth seperti mana dalam surat al-Hijr ayat ke 68-69 berkata ; ‘‘Sesungguhnya mereka ini tetamu aku. Maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghina aku.’’

Berikutan kebiadapan tersebut, Allah segera menyelamatkan Nabi Luth sekeluarga dan pengikut-pengikutnya yang taat melalui perutusan dua malaikat tersebut, kaum baginda kemudian dimusnahkan dalam malapetaka yang dahsyat pada sebelah pagi. 

Surah al-Hijr ayat 73-74 menceritakan segala-galanya: Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan kaum Lut tunggang-terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah terbakar.’’

Inilah akibat mereka yang mengingkari perintah Allah dengan melakukan perbuatan hubungan sejenis sesama lelaki.

Peristiwa ini dianggarkan berlaku kira-kira 1,800 sebelum masihi dan kesan sejarah kebinasaan kaum Nabi Luth terdapat di kawasan Laut Mati di sempadan Jordan-Israel.>


Aku rasa baik kita sama-sama baca doa yang dibaca Nabi Luth (yg aku warnakan biru tu) untuk menghindarkan diri kita dan keluarga daripada perbuatan gay ni.

Sebelum aku mengakhiri post kali ni, tengoklah gambar ni. Aku cari group ni kat fb. Astagfirullahalazim~
Takut lepas ni Malaysia pulak jadi kesan sejarah kebinasaan gay akibat bala yang diturunkan Allah. 


p/s: Kalau korang ada kawan gay, apa yang korang akan lakukan untuk dia kembali normal balik?



New

Mulakan dengan bismillah :)

Assalamualaikum! Pengumuman2 blog lama "Di atas cahaya" sudah ditutup buat selama-lamanya.Innalillah..Ya sedih la terpaksa delete blog tu. Banyak kenangan kt UKM yg aku post kat situ. Tapi nak buat macam mana kan. Blog tu tiba-tiba tak boleh buka. Dia keluar gini...


Ok aku tak faham apa modem ni punya masalah. Nak cari gaduh dengan aku la ni. Nak tukar modem memang bukan jalan keluar yang baik. Sebab masalah dia hanya dengan blog ak je. Ye tak tahu lah aku apa yang modem ni dengki sangat. Nak tak nak terpaksa lah buat blog baru yang diberi nama Cahaya yang Indah (maksud nama aku)..cantik tak?takpe, takyah jawap..aku dah tahu memang korang rasa cantik.ngeh2..

Orait, sampai di sini dulu..Ciao!

p/s: Ciao tu bye-bye dlm Italian..bunyinya Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...