Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Winter Sale

Assalamualaikum

Apa khabar orang kampung? Rindulah Malaysia.. Kebelakangan ni mood aku tak berapa stabil. Tu yang dah berapa hari tak berblog.

Mood tak stabil bukan pe, rasa sedih sangat-sangat bila dapat tahu kawan aku kt Italy ni dah kena balik Msia. Terpaksa lah reda dengan pemergian dia pulang ke tanah air. Lagi pun dia balik sebab nk continue study. So takpelah. Belajar tu kan jihad. Jadi takde lah sedih sangat dah. Lagi pun tak elok sedih lama-lama kan...

Ni eden nak kabo kan sekarang tengah winter sale. Jadi ni lah salah satu terapi yang mengurangkan kesedihan aku kat sini. Yee window shopping la. Bila sale ni lg la best window shopping nye. Tengok kedai mahal-mahal letak % sale yang banyak-banyak, memang best!!. Tapi biasa aku takde hasil la (sayang nak guna duit sendiri..kalau guna duit org len takpe.haha).

Kebanyakkan girls ni bukan pe, kami ni suka matematik. Tu yang jadi terover excited kalau tengok nombor sale tu besar-besar.hahaha. Sebab tu lah time mega sale shopping mall penuh dgn girls. Better lelaki jangan ikut temankan girls yang tengah bershopping. Sebab gerenti korang yang laki ni rasa bosan. Lagi tension kalau girls tu dah round satu mall smpai berapa jam, tapi tak beli pape.haha (banyakkan bersabar ye wahai kaum adam) ^_^

So kalau nak bershopping barang-barang branded kat Italy ni, aku recommend kan tempat factory outlet macam Castel Romano, The Mall, and Valmantone. Ni pun baru tahu yang satu Italy buat winter sale. Ingatkan certain kedai je.

Winter kali ni, kedai high class macam Gucci, Fendi, Prada, kebanyakkannye buat sale (dalam Italian dipanggil saldi atau sconto) paling tinggi sampai 30% je. Tak macam tahun lepas, 50%!! Mungkin sebab Italy ni dah nak backrup, jadi tak boleh jual barang murah sangat kot. Tulah siapa suruh Italy ni berhutang banyak-banyak..dah la ambil riba sekali..kan dah tak mampu nk bayar..muflis la jawabnye..

Sale di Castel Romano bermula 5 January until 15 February 2012

The Mall ni jauh. 200km drpd rumah. Boleh la solat jamak.hehe

Valmantone ni best sebab ada theme park berdekatan. Nak naik roller-coaster!!
p/s: nantilah aku cerita dengan detail lagi tempat-tempat ni =)

Tuesday, December 20, 2011

Cinta songsang

Assalamualaikum..

Hari ni mood tak seindah semalam. Mungkin sebab lepas baca cerita pasal orang-orang gay kat Malaysia. Mesti korang semua dah tahu kan cerita orang Melayu yang kahwin sejenis kat Ireland tu. Beristigfar aku banyak-banyak lepas baca kenyataan yang diberikan gay tersebut: “Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini. 


Apa dia tak tahu ke dalam Islam melarang perbuatan gay ni? Buat malu orang Islam je dia ni. Hidayah dah diberi tapi berdegil jugak nak ikut syaitan. Astagfirullahalazim~
Walaupun nasi sudah menjadi bubur (dia dah pun berkahwin dengan pasangan sejenis dia), tapi tetap kami berharap dan berdoa dia bertaubat dan kembali kepada keluarganya di Malaysia.

Nak share sikit kisah Kaum Luth yang mengamalkan gay (copy paste drpd Utusan Malaysia):


<Cuba lihat maksud surah al-A’Araf ayat 80-81;

Dan Nabi Luth (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya ‘‘Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun penduduk alam ini sebelum kamu’’.
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Bagaimanapun ingatan yang diberikan oleh Nabi Luth itu dijawab sinis oleh kaumnya. Perkara ini disebut di dalam al-Quran di dalam surah yang sama ayat ke 82; Dan tidak ada jawapan daripada kaumnya selain mereka berkata ‘‘Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang mendakwa mensucikan diri.

Setelah menerima jawapan daripada kaumnya, Nabi Luth memohon berdoa kepada Allah dan ia dinyatakan di dalam surah as-Syuara ayat 169;
(Nabi Luth berdoa) ‘‘Ya Allah selamatkanlah aku serta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan’’.

Akhirnya melalui perutusan dua malaikat, Nabi Luth sekeluarga serta pengikut-pengikut yang setia dibawa keluar ke satu tempat lain kerana Allah mahu memusnahkan umatnya yang durhaka itu.

Kaum Nabi Luth yang begitu biadab sebelum itu telah mengepung rumah baginda kerana mahu bertemu dengan dua orang tetamu terdiri daripada dua malaikat berkenaan. Mereka mahu melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

Ekoran itu, Nabi Luth seperti mana dalam surat al-Hijr ayat ke 68-69 berkata ; ‘‘Sesungguhnya mereka ini tetamu aku. Maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghina aku.’’

Berikutan kebiadapan tersebut, Allah segera menyelamatkan Nabi Luth sekeluarga dan pengikut-pengikutnya yang taat melalui perutusan dua malaikat tersebut, kaum baginda kemudian dimusnahkan dalam malapetaka yang dahsyat pada sebelah pagi. 

Surah al-Hijr ayat 73-74 menceritakan segala-galanya: Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan kaum Lut tunggang-terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah terbakar.’’

Inilah akibat mereka yang mengingkari perintah Allah dengan melakukan perbuatan hubungan sejenis sesama lelaki.

Peristiwa ini dianggarkan berlaku kira-kira 1,800 sebelum masihi dan kesan sejarah kebinasaan kaum Nabi Luth terdapat di kawasan Laut Mati di sempadan Jordan-Israel.>


Aku rasa baik kita sama-sama baca doa yang dibaca Nabi Luth (yg aku warnakan biru tu) untuk menghindarkan diri kita dan keluarga daripada perbuatan gay ni.

Sebelum aku mengakhiri post kali ni, tengoklah gambar ni. Aku cari group ni kat fb. Astagfirullahalazim~
Takut lepas ni Malaysia pulak jadi kesan sejarah kebinasaan gay akibat bala yang diturunkan Allah. 


p/s: Kalau korang ada kawan gay, apa yang korang akan lakukan untuk dia kembali normal balik?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...