Showing posts with label Italy. Show all posts
Showing posts with label Italy. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Winter Sale

Assalamualaikum

Apa khabar orang kampung? Rindulah Malaysia.. Kebelakangan ni mood aku tak berapa stabil. Tu yang dah berapa hari tak berblog.

Mood tak stabil bukan pe, rasa sedih sangat-sangat bila dapat tahu kawan aku kt Italy ni dah kena balik Msia. Terpaksa lah reda dengan pemergian dia pulang ke tanah air. Lagi pun dia balik sebab nk continue study. So takpelah. Belajar tu kan jihad. Jadi takde lah sedih sangat dah. Lagi pun tak elok sedih lama-lama kan...

Ni eden nak kabo kan sekarang tengah winter sale. Jadi ni lah salah satu terapi yang mengurangkan kesedihan aku kat sini. Yee window shopping la. Bila sale ni lg la best window shopping nye. Tengok kedai mahal-mahal letak % sale yang banyak-banyak, memang best!!. Tapi biasa aku takde hasil la (sayang nak guna duit sendiri..kalau guna duit org len takpe.haha).

Kebanyakkan girls ni bukan pe, kami ni suka matematik. Tu yang jadi terover excited kalau tengok nombor sale tu besar-besar.hahaha. Sebab tu lah time mega sale shopping mall penuh dgn girls. Better lelaki jangan ikut temankan girls yang tengah bershopping. Sebab gerenti korang yang laki ni rasa bosan. Lagi tension kalau girls tu dah round satu mall smpai berapa jam, tapi tak beli pape.haha (banyakkan bersabar ye wahai kaum adam) ^_^

So kalau nak bershopping barang-barang branded kat Italy ni, aku recommend kan tempat factory outlet macam Castel Romano, The Mall, and Valmantone. Ni pun baru tahu yang satu Italy buat winter sale. Ingatkan certain kedai je.

Winter kali ni, kedai high class macam Gucci, Fendi, Prada, kebanyakkannye buat sale (dalam Italian dipanggil saldi atau sconto) paling tinggi sampai 30% je. Tak macam tahun lepas, 50%!! Mungkin sebab Italy ni dah nak backrup, jadi tak boleh jual barang murah sangat kot. Tulah siapa suruh Italy ni berhutang banyak-banyak..dah la ambil riba sekali..kan dah tak mampu nk bayar..muflis la jawabnye..

Sale di Castel Romano bermula 5 January until 15 February 2012

The Mall ni jauh. 200km drpd rumah. Boleh la solat jamak.hehe

Valmantone ni best sebab ada theme park berdekatan. Nak naik roller-coaster!!
p/s: nantilah aku cerita dengan detail lagi tempat-tempat ni =)

Sunday, January 1, 2012

The quality of your Azam Tahun Baru

Assalamualaikum =)

Kebanyakkan blog hari ni cerita pasal azam tahun baru. Ye memang bagus kita mempunyai fokus dan keazaman untuk apa yang hendak dicapai pada tahun akan datang. Tapi aku gerenti azam baru tu time mula-mula je semangat..tiba februari pasti akan dilupakan hari demi hari sehinggalah bila tiba masa countdown the next tahun barunye, barulah korang teringat balik azam lama korang tu, ye dak? Kebanyakkan matlamat kita tahun demi tahun tak berjaya dicapai. Pelik kan tempoh masa yang panjang diberikan selama +/- 356 hari tetap kita tidak berjaya memenuhi impian kita. Apa yang kita buat sepanjang 356hari tu? Tidur? Ber-facebook? Nilailah balik dimana silap kita dalam menggunakan masa yang diberi.

Bagi aku, setiap impian yang kita kejar tu harus diusahakan setiap hari. Sebab tulah kejayaan tidak datang bergolek. Kalau hari ni kita usaha, tak semestinya esok berjaya kan. Jadi, berusahalah secara istiqamah. InsyaAllah kejayaan akan tiba.

from http://ny.eater.com/

p/s: post ni utk ingatkan aku jangan asyik lagha jek.hehe..hari ni tengok ada orang Italy sambut New Year dengan main api..lepas tu bakar tong sampah..gila scary aku tengok!!

Saturday, December 31, 2011

Jalan-jalan Euroma 2

Assalamualaikum ^_^

Semalam pergi jalan-jalan kat Euroma 2. Rasa macam ayam masuk kandang lembu.haha. Kami yang kecil ni ibarat ayam la, nak masuk shopping mall yang besar macam kandang lembu. Sebab tu lah kami tak jumpa jalan masuk ke Euroma 2 dari tempat parking mall tu. Nasib baik takde orang italy nampak. Bikin malu je.haha. Jom kita ronda2 window shopping! =)

Gambar dari informazione.it 



Orang dah sampai mall, Ameera tak bangun-bangun lagi. Tapi lagi best kalau dia tidur je.haha. Kalau bangun nanti banyak lak ragamnye. Anyway, pipi Ameera memang dah makin tembam ^^

Tidurlah~ tidurlah~

Excited nampak patung rusa!! Comelnye. Rasa nak bawak balik. Patung-patung ni semua boleh gerak kepala dan tangan (kecuali rusa lew.hehe)

Mula kiri: papa bear, mama bear, baby bear boy, baby bear girl..hehe

Macam jakun je aku ni kan. Lampu pun nak tangkap gambar...


Apa nak buat, hanya mampu cuci mata tengok barang branded-branded ni..

Tiba-tiba teringat freemason. Ada kaitan ke?

Bila tiba tingkat 3 (tingkat paling atas), terus masuk kedai Trony. Yelah dah kedai ni je yang ada kat tingkat 3 ni.haha. Dalam kepala otak ni dah terfikir kamera. Zupp!! terus bagitahu kak ipar yang aku nak pergi cuci mata sorang-sorang kat tempat kamera.hehe. Agak terliur gak lah tengok kamera Sony NEX-C3 ni. Rasa macam nak makan je! haha.

Mahal gila!!

Bila tengok harga, terus buat donno je. Buat muka tak berminat la kononye... Lepas tu pergi kat brand biasa, Canon.. Saja letak gambar harga 197,10 euro ni. Bajet macam cukup duit nak beli.haha.

Canon Powershot SX150 IS. Cukup kot nak beli kalau korek duit syiling aku dalam tabung..

p/s: Malas nak letak watermark kat pictures kali ni. Sebab sok kena bangun awal nak pergi main snow. Haha saja nak bagi orang jeles =P

Wednesday, December 28, 2011

Jalan-jalan di Lake Bracciano

Assalamualaikum ^_^







Bagi korang tengok keindahan Tasik Bracciano, Rome ni. Tom Cruise dan Katie Holmes kahwin dulu kat sini la. Cantik kan. Ni pakai camera handphone Sony Xperia je. Kureng cikit kualiti. Tapi kira ok la. Kan best kalau ada DSLR. Ada siapa nak bagi tak?hehe =)

Friday, December 23, 2011

Dahulu dan sekarang

Assalamualaikum!

Saja kali ni nak letak gambar Ameera. Tengok lah beza ketembaman dia waktu awal-awal sampai Italy dengan waktu sekarang. Ni kira baru 3 bulan duduk Italy. Tak tahu lah lagi 3 tahun macam mana. Mungkin akan bertambah lagi tembam pada masa akan datang.hahaha


gambar kiri: muka garang; kanan: muka comel; hasilnya garamel.haha

 p/s: Yey sok weekend. Boleh jalan-jalan!! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...