Assalamualaikum..
Hari ni mood tak seindah semalam. Mungkin sebab lepas baca cerita pasal orang-orang gay kat Malaysia. Mesti korang semua dah tahu kan cerita orang Melayu yang kahwin sejenis kat Ireland tu. Beristigfar aku banyak-banyak lepas baca kenyataan yang diberikan gay tersebut:
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat
bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim,
saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal
dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada
media tersebut hari ini.
Apa dia tak tahu ke dalam Islam melarang perbuatan gay ni? Buat malu orang Islam je dia ni. Hidayah dah diberi tapi berdegil jugak nak ikut syaitan. Astagfirullahalazim~
Walaupun nasi sudah menjadi bubur (dia dah pun berkahwin dengan pasangan sejenis dia), tapi tetap kami berharap dan berdoa dia bertaubat dan kembali kepada keluarganya di Malaysia.
Nak share sikit kisah Kaum Luth yang mengamalkan gay (copy paste drpd
Utusan Malaysia):
<Cuba lihat maksud surah al-A’Araf ayat 80-81;
Dan Nabi Luth (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada
kaumnya ‘‘Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah
dilakukan oleh seorang pun penduduk alam ini sebelum kamu’’.
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu
dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang
melampaui batas.
Bagaimanapun ingatan yang diberikan oleh Nabi Luth itu dijawab sinis
oleh kaumnya. Perkara ini disebut di dalam al-Quran di dalam surah yang
sama ayat ke 82; Dan tidak ada jawapan daripada kaumnya selain mereka
berkata ‘‘Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikutnya yang taat)
dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang mendakwa
mensucikan diri.
Setelah menerima jawapan daripada kaumnya, Nabi Luth memohon berdoa
kepada Allah dan ia dinyatakan di dalam surah as-Syuara ayat 169;
(Nabi Luth berdoa) ‘‘Ya Allah selamatkanlah aku serta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan’’.
Akhirnya melalui perutusan dua malaikat, Nabi Luth sekeluarga serta
pengikut-pengikut yang setia dibawa keluar ke satu tempat lain kerana
Allah mahu memusnahkan umatnya yang durhaka itu.
Kaum Nabi Luth yang begitu biadab sebelum itu telah mengepung rumah
baginda kerana mahu bertemu dengan dua orang tetamu terdiri daripada dua
malaikat berkenaan. Mereka mahu melakukan perbuatan yang dimurkai oleh
Allah.
Ekoran itu, Nabi Luth seperti mana dalam surat al-Hijr ayat ke 68-69
berkata ; ‘‘Sesungguhnya mereka ini tetamu aku. Maka janganlah kamu
memberi malu kepadaku. Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah
kamu menghina aku.’’
Berikutan kebiadapan tersebut, Allah segera menyelamatkan Nabi Luth
sekeluarga dan pengikut-pengikutnya yang taat melalui perutusan dua
malaikat tersebut, kaum baginda kemudian dimusnahkan dalam malapetaka
yang dahsyat pada sebelah pagi.
Surah al-Hijr ayat 73-74 menceritakan segala-galanya: Akhirnya mereka
pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi ketika
matahari terbit. Maka Kami jadikan kaum Lut tunggang-terbalik (tertimbus
segala yang ada di muka buminya) dan Kami hujani atasnya dengan batu
dari tanah terbakar.’’
Inilah akibat mereka yang mengingkari perintah Allah dengan melakukan perbuatan hubungan sejenis sesama lelaki.
Peristiwa ini dianggarkan berlaku kira-kira 1,800 sebelum masihi dan
kesan sejarah kebinasaan kaum Nabi Luth terdapat di kawasan Laut Mati di
sempadan Jordan-Israel.>
Aku rasa baik kita sama-sama baca doa yang dibaca Nabi Luth (yg aku warnakan biru tu) untuk menghindarkan diri kita dan keluarga daripada perbuatan gay ni.
Sebelum aku mengakhiri post kali ni, tengoklah gambar ni. Aku cari group ni kat fb. Astagfirullahalazim~
Takut lepas ni Malaysia pulak jadi kesan sejarah kebinasaan gay akibat bala yang diturunkan Allah.
p/s: Kalau korang ada kawan gay, apa yang korang akan lakukan untuk dia kembali normal balik?